Al-Quran 2:230 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Jika dia menceraikannya (untuk kali yang ketiga), tidaklah halal baginya untuk mengahwini dia, melainkan dia kahwin dengan lelaki lainnya, dan suaminya menceraikan dia. Suami yang pertama bolehlah mengahwininya kembali, asalkan sahaja mereka menta'ati hukum Allah. Ini adalah hukum Allah; Dia menerangkannya kepada manusia supaya mereka semua dapat mengetahuinya.
[2:229] Penceraian (talaq) hanya boleh ditarik balik dua kali. Wanita yang diceraikan mesti diizinkan tinggal serumah dengan suami dan berlaku adillah terhadapnya, atau lepaskannya dengan cara yang adil. Tidak menjadi kesalahan bagi suami mengambil kembali apa yang telah diberikan kepadanya. Walaupun demikian pasangan ini mungkin merasa takut jika mereka melanggar hukum Allah. Jika mereka takut akan melanggar hukum Allah, mereka tidak melakukan kesalahan jika siisteri memberi kembali dengan rela hati apa yang dia ingin kembalikan. Ini adalah hukum Allah; jangan mengingkarinya. Sesiapa yang melanggar perintah Allah maka mereka itu adalah orang yang zalim.
[2:231] Jika kamu menceraikan isterimu, setelah selesai masa (tiga kali haid ? iddah) kamu mestilah mengizinkan dia tinggal dirumah yang sama dengan berlaku adil, ataupun biarkanlah dia pergi dengan baik. Janganlah paksa mereka tinggal tanpa kerelaannya, demi untuk membalas dendam. Sesiapa yang melakukan sedemikian hanyalah mengkianati roh roh mereka sendiri. Jangan mengambil mudah dengan revelasi revelasi Allah. Ingatlah rahmat Allah terhadap kamu, dan Dia turunkan kitabNya dan hikmah sebagai pelajaran yang jelas untuk kamu. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.