Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:231 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Jika kamu menceraikan isterimu, setelah selesai masa (tiga kali haid ? iddah) kamu mestilah mengizinkan dia tinggal dirumah yang sama dengan berlaku adil, ataupun biarkanlah dia pergi dengan baik. Janganlah paksa mereka tinggal tanpa kerelaannya, demi untuk membalas dendam. Sesiapa yang melakukan sedemikian hanyalah mengkianati roh roh mereka sendiri. Jangan mengambil mudah dengan revelasi revelasi Allah. Ingatlah rahmat Allah terhadap kamu, dan Dia turunkan kitabNya dan hikmah sebagai pelajaran yang jelas untuk kamu. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

[2:230] Jika dia menceraikannya (untuk kali yang ketiga), tidaklah halal baginya untuk mengahwini dia, melainkan dia kahwin dengan lelaki lainnya, dan suaminya menceraikan dia. Suami yang pertama bolehlah mengahwininya kembali, asalkan sahaja mereka menta'ati hukum Allah. Ini adalah hukum Allah; Dia menerangkannya kepada manusia supaya mereka semua dapat mengetahuinya.

[2:232] Jika kamu menceraikan isteri isteri kamu, apabila mereka telah selesaikan iddah mereka, jangan kamu menghalang mereka bernikah semula dengan suami suami mereka, jika mereka telah berdamai dengan baik. Ini mestilah diambil kira bagi orang orang yang percaya kepada Allah dan hari penghabisan. Ini lebih suci bagi kamu dan juga lebih besar kebajikan yang kamu lakukan. Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.