Al-Quran 2:232 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Jika kamu menceraikan isteri isteri kamu, apabila mereka telah selesaikan iddah mereka, jangan kamu menghalang mereka bernikah semula dengan suami suami mereka, jika mereka telah berdamai dengan baik. Ini mestilah diambil kira bagi orang orang yang percaya kepada Allah dan hari penghabisan. Ini lebih suci bagi kamu dan juga lebih besar kebajikan yang kamu lakukan. Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
[2:231] Jika kamu menceraikan isterimu, setelah selesai masa (tiga kali haid ? iddah) kamu mestilah mengizinkan dia tinggal dirumah yang sama dengan berlaku adil, ataupun biarkanlah dia pergi dengan baik. Janganlah paksa mereka tinggal tanpa kerelaannya, demi untuk membalas dendam. Sesiapa yang melakukan sedemikian hanyalah mengkianati roh roh mereka sendiri. Jangan mengambil mudah dengan revelasi revelasi Allah. Ingatlah rahmat Allah terhadap kamu, dan Dia turunkan kitabNya dan hikmah sebagai pelajaran yang jelas untuk kamu. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[2:233] Ibu ibu yang diceraikan mesti menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap kalau sibapa menginginkannya. Sibapa mestilah memberi kepada ibu bayinya makanan dan pakaian dengan cukup sempurna. Tidak ada sesiapa mesti membebankan diri diri mereka dari luar kemampuan mereka. Tidak ada seorang ibu pun mesti disakiti untuk memelihara bayinya, dan juga tidak semestinya sibapa dianiayai kerana bayinya. (sekiranya bapa anak itu meninggal), Keluarganya (suami) mesti meneruskan tanggung jawabnya. Jika keluarga bayi (kedua pihak) bersetuju untuk membantu setelah berunding, maka tidak jadi kesalahan untuk berbuat demikian. Kamu tidak melakukan kesalahan dengan mengupah ibu ibu asalkan kamu bayar mereka dengan adil. Kamu mesti mengingati Allah dan ketahuilah yang Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.