Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:238 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Kamu mestilah konsisten Mengerjakan Sembahyang, lebih lebih lagi diwaktu pertengahan sembahyang (salat wusta), dan abdikanlah diri diri kamu keseluruhannya kepada Allah.

[2:237] Jika kamu menceraikan mereka sebelum mecampuri mereka, tetapi setelah kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, pembayaran ganti ruginya mestilah separuh dari mas kahwin, melainkan jika mereka bersetuju untuk merelakannya, ataupun dari pihak yang memuncakan penceraian ingin merelakan mas kahwinnya. Merelakan (menghalalkan) adalah seimbang dengan membuat kebajikan. Dan kamu mestilah mengadakan tali persaudaraan (silaturrahim) diantara kamu. Allah Maha Melihat apa apa yang kamu lakukan.

[2:239] Dalam keadaan yang tidak menentu, kamu boleh Mengerjakan Sembahyang (Salat) semasa kamu berjalan atau menunggang. Apabila kamu telah selamat kamu mestilah mengingati Allah kerana Dia yang mengajarkan kamu apa yang tidak kamu ketahui.