Al-Quran 2:24 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Jika kamu tidak boleh membuat demikian, sudah pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, maka awaslah api Neraka, yang bahan pembakarnya adalah daripada manusia manusia dan batu batu yang digunakan untuk membakar orang orang yang ingkar.
[2:23] Jika kamu didalam keraguan mengenai apa yang telah kami turunkan kepada hamba kami, maka datangkanlah satu surah yang serupa ini, dan panggillah saksi-saksi atau penolong penolong kamu yang kamu ada adakan disamping Allah, jika kamu orang orang yang benar.
[2:25] Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang orang yang percaya, yang mengamalkan kerja kerja kebajikan, mereka itu akan mendapatkan taman taman dengan air sungai sungai yang mengalir. Dan apabila diberikan buah buahan sebagai rezeki didalamnya, mereka berkata, "Inilah rezeki yang telah diberikan kepada kami semasa dahulukala."Maka mereka diberikan yang serupa dengannya bahkan lebih baik lagi. Mereka juga akan diberikan teman teman yang suci didalamnya dan mereka akan tinggal berkekalan didalamnnya buat selama lamanya.