Al-Quran 2:244 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kamu mesti berjuang kerana Allah dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[2:243] Adakah kamu perhatikan mereka yang lari dari rumah rumah mereka ? walaupun bilangan mereka sampai keribuan ? kerana takut mati? Allah berkata kepada mereka, "Mati," lalu dihidupkan kembali. Allah taburkan kurniaNya kepada manusia, tetapi ramai dari manusia tidak bersyukur.
[2:245] Siapakah yang bersedia untuk meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman berupa kebajikan yang mulia, supaya dibayarkan kepada mereka dengan pembayaran yang berlipat ganda banyaknya? Allah sahajalah yang memberi dan menahan (rezeki), dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.