Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:245 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Siapakah yang bersedia untuk meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman berupa kebajikan yang mulia, supaya dibayarkan kepada mereka dengan pembayaran yang berlipat ganda banyaknya? Allah sahajalah yang memberi dan menahan (rezeki), dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.

[2:244] Kamu mesti berjuang kerana Allah dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[2:246] Sudahkah kamu hayati berkenaan ketua ketua bani Israil selepas nabi Musa? Mereka berkata kepada nabi mereka, "Jika engkau mengangkat seorang raja untuk memimpin kami, akan kami berjuang kejalan Allah." Dia berkata, "Adakah ini tujuan kamu, jika peperangan dihukumkan untuk kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Kenapa mesti kita tidak berperang kejalan Allah, apabila mereka merampas rumah rumah dan anak anak kita?" Sedangkan apabila peperangan diperintahkan untuk mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit diantara mereka. Allah amat mengetahui tujuan orang orang yang melampaui batas.