Al-Quran 2:246 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Sudahkah kamu hayati berkenaan ketua ketua bani Israil selepas nabi Musa? Mereka berkata kepada nabi mereka, "Jika engkau mengangkat seorang raja untuk memimpin kami, akan kami berjuang kejalan Allah." Dia berkata, "Adakah ini tujuan kamu, jika peperangan dihukumkan untuk kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Kenapa mesti kita tidak berperang kejalan Allah, apabila mereka merampas rumah rumah dan anak anak kita?" Sedangkan apabila peperangan diperintahkan untuk mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit diantara mereka. Allah amat mengetahui tujuan orang orang yang melampaui batas.
[2:245] Siapakah yang bersedia untuk meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman berupa kebajikan yang mulia, supaya dibayarkan kepada mereka dengan pembayaran yang berlipat ganda banyaknya? Allah sahajalah yang memberi dan menahan (rezeki), dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.
[2:247] Nabi mereka berkata kepada mereka, "Allah telah melantik Talut (Saul) sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimana dia boleh diberikan kuasa beraja untuk memimpin kita padahal kita yang mempunyai kelayakan untuk menjadi raja dari dia; dia tidak pun kaya?" Dia berkata, "Allah telah melantik dia dari kamu,dan telah merahmati dia dengan ilmu yang banyak dan juga tubuh (yang kuat)." Allah memberi kerajaan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui.