Al-Quran 2:247 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Nabi mereka berkata kepada mereka, "Allah telah melantik Talut (Saul) sebagai raja." Mereka berkata, "Bagaimana dia boleh diberikan kuasa beraja untuk memimpin kita padahal kita yang mempunyai kelayakan untuk menjadi raja dari dia; dia tidak pun kaya?" Dia berkata, "Allah telah melantik dia dari kamu,dan telah merahmati dia dengan ilmu yang banyak dan juga tubuh (yang kuat)." Allah memberi kerajaan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah yang Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
[2:246] Sudahkah kamu hayati berkenaan ketua ketua bani Israil selepas nabi Musa? Mereka berkata kepada nabi mereka, "Jika engkau mengangkat seorang raja untuk memimpin kami, akan kami berjuang kejalan Allah." Dia berkata, "Adakah ini tujuan kamu, jika peperangan dihukumkan untuk kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Kenapa mesti kita tidak berperang kejalan Allah, apabila mereka merampas rumah rumah dan anak anak kita?" Sedangkan apabila peperangan diperintahkan untuk mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit diantara mereka. Allah amat mengetahui tujuan orang orang yang melampaui batas.
[2:248] Nabi mereka berkata kepada mereka, " Tanda kerajaannya (Talut) ialah peti yang dijanjikan akan dikembalikan kepada kamu, dengan membawa jaminan dari Tuhan kamu, dan dari peninggalan orang orang Musa dan juga Harun. Benda itu akan dibawa oleh para malaikat. Ini mestilah menjadi suatu tanda yang meyakinkan bagi kamu, jika kamu benar benar orang orang yang percaya."