Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:276 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Allah mengutuk riba',dan merahmati semua derma. Allah Membenci setiap orang yang ingkar lagi bersalah..

[2:275] Sesiapa yang mengenakan riba' adalah dibawah pengaruh syaitan. Ini adalah kerana mereka mengatakan yang riba' itu adalah serupa perniagaan. Walau bagaimanapun, Allah mengizinkan perniagaan, dan mengharamkan riba'. Lantas, sesiapa yang mendengarkan perintah dari Tuhan mereka, dan berhenti dari riba' dia bolehlah menyimpan keuntungannya yang lalu, pengadilan terhadapnya tergantunglah kepada Allah. Bagi sesiapa yang berterusan mengenakan riba,'tempat mereka diNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.

[2:277] Sesiapa yang percaya dan menjalani kehidupan yang lurus, dan Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan memberi derma yang wajib (zakat), mereka akan menerima ganjaran dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut dan bersedih.