Al-Quran 2:275 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Sesiapa yang mengenakan riba' adalah dibawah pengaruh syaitan. Ini adalah kerana mereka mengatakan yang riba' itu adalah serupa perniagaan. Walau bagaimanapun, Allah mengizinkan perniagaan, dan mengharamkan riba'. Lantas, sesiapa yang mendengarkan perintah dari Tuhan mereka, dan berhenti dari riba' dia bolehlah menyimpan keuntungannya yang lalu, pengadilan terhadapnya tergantunglah kepada Allah. Bagi sesiapa yang berterusan mengenakan riba,'tempat mereka diNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.
[2:274] Sesiapa yang memberi derma malam dan siang, sama ada dirahsiakan ataupun dengan diumumkan, akan mendapat ganjaran dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut, juga mereka tidak akan berdukacita .
[2:276] Allah mengutuk riba',dan merahmati semua derma. Allah Membenci setiap orang yang ingkar lagi bersalah..