Al-Quran 2:274 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Sesiapa yang memberi derma malam dan siang, sama ada dirahsiakan ataupun dengan diumumkan, akan mendapat ganjaran dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut, juga mereka tidak akan berdukacita .
[2:273] Derma mestilah diberikan kepada orang miskin yang menderita kerana berjuang untuk Allah, dan tiada berupaya untuk berhijrah. Orang biasa tidak akan perasan dan berpendapat yang dianya orang kaya, oleh kerana kemuliaan diri. Tetapi kamu dapat mengenalinya dengan tanda tanda tertentu; mereka tidak pernah meminta minta dengan keterlalulan, Apa saja derma yang kamu berikan, Allah Amat Mengetahuinya.
[2:275] Sesiapa yang mengenakan riba' adalah dibawah pengaruh syaitan. Ini adalah kerana mereka mengatakan yang riba' itu adalah serupa perniagaan. Walau bagaimanapun, Allah mengizinkan perniagaan, dan mengharamkan riba'. Lantas, sesiapa yang mendengarkan perintah dari Tuhan mereka, dan berhenti dari riba' dia bolehlah menyimpan keuntungannya yang lalu, pengadilan terhadapnya tergantunglah kepada Allah. Bagi sesiapa yang berterusan mengenakan riba,'tempat mereka diNeraka, dimana mereka akan tinggal kekal untuk selama lamanya.