Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:273 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Derma mestilah diberikan kepada orang miskin yang menderita kerana berjuang untuk Allah, dan tiada berupaya untuk berhijrah. Orang biasa tidak akan perasan dan berpendapat yang dianya orang kaya, oleh kerana kemuliaan diri. Tetapi kamu dapat mengenalinya dengan tanda tanda tertentu; mereka tidak pernah meminta minta dengan keterlalulan, Apa saja derma yang kamu berikan, Allah Amat Mengetahuinya.

[2:272] Bukanlah tanggungjawab kamu untuk membimbing sesiapa pun. Hanya Allah sahajalah yang membimbing sesiapa yang dipilihNya. Bagi setiap derma yang kamu berikan adalah untuk kebaikan kamu sendiri. Tiap tiap derma yang kamu berikan mestilah kerana Allah. Setiap derma yang kamu berikan akan dibayarkan kembali kepada kamu tanpa sebarang kerugian.

[2:274] Sesiapa yang memberi derma malam dan siang, sama ada dirahsiakan ataupun dengan diumumkan, akan mendapat ganjaran dari Tuhan mereka; mereka tidak akan merasa takut, juga mereka tidak akan berdukacita .