Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:272 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Bukanlah tanggungjawab kamu untuk membimbing sesiapa pun. Hanya Allah sahajalah yang membimbing sesiapa yang dipilihNya. Bagi setiap derma yang kamu berikan adalah untuk kebaikan kamu sendiri. Tiap tiap derma yang kamu berikan mestilah kerana Allah. Setiap derma yang kamu berikan akan dibayarkan kembali kepada kamu tanpa sebarang kerugian.

[2:271] Jika kamu mengumumkan dermaan kamu, itu juga satu kebaikan.Tetapi jika kamu ingin merahsiakannya, dan memberikannya kepada orang miskin, itu lebih baik untuk kamu, dan ia akan menghapuskan lebih banyak dosa dosa kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

[2:273] Derma mestilah diberikan kepada orang miskin yang menderita kerana berjuang untuk Allah, dan tiada berupaya untuk berhijrah. Orang biasa tidak akan perasan dan berpendapat yang dianya orang kaya, oleh kerana kemuliaan diri. Tetapi kamu dapat mengenalinya dengan tanda tanda tertentu; mereka tidak pernah meminta minta dengan keterlalulan, Apa saja derma yang kamu berikan, Allah Amat Mengetahuinya.