Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 2:271 — Sapi Betina (Al-Baqarah)

Jika kamu mengumumkan dermaan kamu, itu juga satu kebaikan.Tetapi jika kamu ingin merahsiakannya, dan memberikannya kepada orang miskin, itu lebih baik untuk kamu, dan ia akan menghapuskan lebih banyak dosa dosa kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu lakukan.

[2:270] Segala derma yang kamu berikan, ataupun menunaikan derma yang telah diikrarkan dahulunya, Allah tetap mengetahuinya. Bagi orang orang yang zalim, mereka tidak akan mendapatkan sebarang penolong.

[2:272] Bukanlah tanggungjawab kamu untuk membimbing sesiapa pun. Hanya Allah sahajalah yang membimbing sesiapa yang dipilihNya. Bagi setiap derma yang kamu berikan adalah untuk kebaikan kamu sendiri. Tiap tiap derma yang kamu berikan mestilah kerana Allah. Setiap derma yang kamu berikan akan dibayarkan kembali kepada kamu tanpa sebarang kerugian.