Al-Quran 2:35 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah bersama isterimu ditaman syurga ini, selama yang kau suka, dan makan dari segala kurniaan dengan baik dan sesuka hatimu, tetapi jangan sekali kali kau mendekati pokok ini, nanti kau akan menjadi durhaka.
[2:34] Apabila kami katakan kepada para malaikat, "Tunduk sujud kepada Adam" Mereka pun sujud, kecuali Iblis; dia menolak kerana terlalu sombong, dan mengingkarinya.
[2:36] Tetapi syaitan telah menipu mereka, dan menyebabkan mereka terkeluar darinya. Kami berkata,"Turunlah kamu semua sebagai musuh diantara kamu. Dibumi ini akan menjadi tempat tinggal dan tempat mencari rezeki kamu sekelian untuk sementara waktu."