Al-Quran 2:84 — Sapi Betina (Al-Baqarah)
Kami telah mengambil perjanjian dengan kamu, bahawasanya janganlah kamu menumpahkan darah sesama sendiri, dan janganlah mengusir sesama sendiri daripada tempat tempat tinggal kamu, kamu mempersetujuinya dan kamu mempersaksikannya sendiri.
[2:83] Dan kami telah membuat perjanjian dengan Bani Israil; Jangan kamu menyembah sesesuatu selain Allah. Muliakanlah kedua ibu bapa kamu, berbaik baik dengan sanak saudara yang dekat, dan anak anak yatim, orang orang miskin. Kamu juga mesti berbaik baik dengan manusia. Dan mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat) dan memberikan derma yang wajib (zakat). Akan tetapi, kamu berpaling, kecuali sedikit saja daripada kamu, dan kamu menjadi benci.
[2:85] Malahan, kamu membunuh sesama sendiri serta mengusir segolongan daripada kamu dari tempat tempat tinggal mereka, dan berkomplot bersama terhadap mereka didalam melakukan dosa dan permusuhan.Walaupun mereka telah menyerah diri, kamu paksa dengan tebusan dari mereka. Padahal pada mulanya kamu sudah mengetahuinya, bahawa pengusiran dilarang. Adakah kamu percaya kepada sebahagian dari kitab dan ingkar kepada sebahagian yang lainnya? Dan apa yang mesti dibalas kepada sebahagian dari kamu yang berbuat sedemikian? Melainkan kehinaan didalam kehidupan didunia ini, dan bertambah dahsyat lagi pada hari kebangkitan kelak?. Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.