Al-Quran 28:19 — Sejarah (Al-Qasas)
Sedang dia mencuba untuk memukul musuh mereka yang nyata itu, dia berkata, "Wahai Musa, adakah kau mahu membunuhku, sebagaimana yang kau telah membunuh lelaki itu semalam? Jelas sekali, kau ingin menjadi penindas dibumi; kerana kau tidak ingin menjadi orang orang yang benar."
[28:18] Diwaktu pagi, dia berada dibandar, takut dan berhati hati. Orang yang mendapatkan pertolongan dia semalam, meminta pertolongannya sekali lagi. Musa berkata kepadanya, "Kau adalah benar benar pembuat kacau."
[28:20] Seorang lelaki datang berlari lari disebelah lain bahagian bandar itu, sambil berkata, "Wahai Musa, orang orang berkomplot untuk membunuhmu. Baiklah kau pergi dengan segera. Aku hanya memberimu nasihat yang baik."