Al-Quran 3:14 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Yang mengkhayalkan manusia ialah kenikmatan dunia, saperti wanita, mempunyai anak anak, emas dan perak yang bersusunan, kuda kuda jinak, binatang ternakan, dan tanam tanaman. Semuanya itu adalah kebendaan didunia ini, jauh lebih baik lagi telah dikhaskan disisi Allah.
[3:13] Berbagai bagai contoh telah dipertunjukkan kepada kamu apabila dua kumpulan tentera yang berlawanan ? satu kumpulan tentera yang berlawan kerana Allah, dan yang satu lagi adalah dari kumpulan orang orang yang ingkar. Mereka terlihat dengan mata kepala mereka sendiri yang mereka itu dua kali ganda ramainya. Allah membantu dengan kemenangan bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki. Ini sepatutnya memberikan jaminan bagi sesiapa yang mempunyai visi.
[3:15] Katakanlah, "Biarku beritahukan kepada kamu tentang tempat kediaman yang paling istemewa: bagi orang yang menjalani kehidupan yang lurus, yang telah disediakan oleh Tuhan mereka, adalah taman taman yang dengannya mempunyai air sungai sungai yang mengalir, dan pasangan yang suci, juga kebahagian dengan rahmat dari Allah." Allah Maha Melihat akan hamba hamba yang menyembahNya.