Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 3:153 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)

Ingatlah ketika kamu pergi dengan pantasnya (untuk mendapatkan harta rampasan), tidak memperdulikan sesiapa pun, walaupun rasul memanggil manggil dari belakang kamu. Akibatnya Dia menggantikan dengan kesukaran sekali lagi, supaya kamu tidak akan merasa kesal dari apa yang tidak kamu dapatkan, ataupun merana diatas kesukaran yang kamu deritakan. Sesungguhnya Allah sangat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.

[3:152] Allah telah mengabulkan perjanjianNya kepada kamu, dan kamu dapat mengalahkan mereka dengan izinNya. Tetapi kemudian kamu berubah hati dan berselisehan sesama sendiri, dan tidak menta'ati perintah selepas Dia menunjukkan kepada kamu (kemenangan).yang kamu tunggu tunggukan. Tetapi kemudian, ada diantara kamu yang menjadi tertarik dengan harta rampasan perang didunia ini, sementara yang lainnya benar benar mementingkan Akhirat. Maka Dia palingkan kamu dari mereka kerana untuk menguji kamu. Dia telah mengampunkan kamu. Sesungguhnya Allah menghujani orang orang yang percaya itu dengan keberkatanNya.

[3:154] Selepas kejadian itu, Dia turunkan keatas kamu tidur yang aman supaya mententeramkan sebahagian dari kamu. Yang lainnya hanya memikirkan kepentingan diri diri mereka masing masing. Mereka memikirkan tentang Allah yang tidak benar ? fikiran yang sama semasa hari hari kejahilan mereka. Lantas, mereka berkata, "Adakah apa apa terpulang kepada kita?" Katakanlah "Semuanya terpulang kepada Allah." Mereka menyimpan sesuatu dihati mereka yang mereka tidak mahu mengatakannya kepada kamu. Mereka berkata, " Jika ianya terpulang kepada kita, tentunya tidak ada seorang pun yang terbunuh didalam peperangan ini." Katakan, "Walaupun kamu tinggal didalam rumah rumah kamu, sesiapa yang sudah ditakdirkan terbunuh akan tetap merangkak menuju tempat kematian mereka." Demikianlah Allah menguji kamu supaya dapat kamu mengeluar kan apa apa yang kamu fikirkan serta menguji apa apa yang ada didalam hati kamu. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang tersirat jauh didalam fikiran kamu.