Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 3:154 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)

Selepas kejadian itu, Dia turunkan keatas kamu tidur yang aman supaya mententeramkan sebahagian dari kamu. Yang lainnya hanya memikirkan kepentingan diri diri mereka masing masing. Mereka memikirkan tentang Allah yang tidak benar ? fikiran yang sama semasa hari hari kejahilan mereka. Lantas, mereka berkata, "Adakah apa apa terpulang kepada kita?" Katakanlah "Semuanya terpulang kepada Allah." Mereka menyimpan sesuatu dihati mereka yang mereka tidak mahu mengatakannya kepada kamu. Mereka berkata, " Jika ianya terpulang kepada kita, tentunya tidak ada seorang pun yang terbunuh didalam peperangan ini." Katakan, "Walaupun kamu tinggal didalam rumah rumah kamu, sesiapa yang sudah ditakdirkan terbunuh akan tetap merangkak menuju tempat kematian mereka." Demikianlah Allah menguji kamu supaya dapat kamu mengeluar kan apa apa yang kamu fikirkan serta menguji apa apa yang ada didalam hati kamu. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang tersirat jauh didalam fikiran kamu.

[3:153] Ingatlah ketika kamu pergi dengan pantasnya (untuk mendapatkan harta rampasan), tidak memperdulikan sesiapa pun, walaupun rasul memanggil manggil dari belakang kamu. Akibatnya Dia menggantikan dengan kesukaran sekali lagi, supaya kamu tidak akan merasa kesal dari apa yang tidak kamu dapatkan, ataupun merana diatas kesukaran yang kamu deritakan. Sesungguhnya Allah sangat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.

[3:155] Tentu sekali, sesiapa diantara kamu yang mengundurkan diri pada hari yang mana dua pasukan yang sedang bertempur telah diperdayakan oleh syaitan. Ini menunjukkan beberapa perbuatan jahat yang telah mereka laksanakan. Allah telah mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.