Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 3:155 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)

Tentu sekali, sesiapa diantara kamu yang mengundurkan diri pada hari yang mana dua pasukan yang sedang bertempur telah diperdayakan oleh syaitan. Ini menunjukkan beberapa perbuatan jahat yang telah mereka laksanakan. Allah telah mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

[3:154] Selepas kejadian itu, Dia turunkan keatas kamu tidur yang aman supaya mententeramkan sebahagian dari kamu. Yang lainnya hanya memikirkan kepentingan diri diri mereka masing masing. Mereka memikirkan tentang Allah yang tidak benar ? fikiran yang sama semasa hari hari kejahilan mereka. Lantas, mereka berkata, "Adakah apa apa terpulang kepada kita?" Katakanlah "Semuanya terpulang kepada Allah." Mereka menyimpan sesuatu dihati mereka yang mereka tidak mahu mengatakannya kepada kamu. Mereka berkata, " Jika ianya terpulang kepada kita, tentunya tidak ada seorang pun yang terbunuh didalam peperangan ini." Katakan, "Walaupun kamu tinggal didalam rumah rumah kamu, sesiapa yang sudah ditakdirkan terbunuh akan tetap merangkak menuju tempat kematian mereka." Demikianlah Allah menguji kamu supaya dapat kamu mengeluar kan apa apa yang kamu fikirkan serta menguji apa apa yang ada didalam hati kamu. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui apa yang tersirat jauh didalam fikiran kamu.

[3:156] Wahai orang orang yang percaya, jangan menjadikan diri diri kamu seperti orang orang yang ingkar, yang mengata terhadap saudara mereka yang berpergian ataupun yang sedang berperang, "Kalau mereka tinggal bersama kami, tentu sekali mereka tidak akan mati atau dibunuh." Allah jadikan ini sebagai penyesalan dan penderitaan didalam hati hati mereka. Allah yang menguasai segala kehidupan dan kematian. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Melihat apa apa yang telah kamu lakukan.