Al-Quran 3:152 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Allah telah mengabulkan perjanjianNya kepada kamu, dan kamu dapat mengalahkan mereka dengan izinNya. Tetapi kemudian kamu berubah hati dan berselisehan sesama sendiri, dan tidak menta'ati perintah selepas Dia menunjukkan kepada kamu (kemenangan).yang kamu tunggu tunggukan. Tetapi kemudian, ada diantara kamu yang menjadi tertarik dengan harta rampasan perang didunia ini, sementara yang lainnya benar benar mementingkan Akhirat. Maka Dia palingkan kamu dari mereka kerana untuk menguji kamu. Dia telah mengampunkan kamu. Sesungguhnya Allah menghujani orang orang yang percaya itu dengan keberkatanNya.
[3:151] Kami akan lontarkan rasa ketakutan dihati orang orang yang ingkar, kerana mereka mengadakan pujaan pujaan yang tiada berkuasa disamping Allah. Tempat mereka hanyalah diNeraka; betapa malangya tempat kediaman bagi orang orang yang melampaui batas.
[3:153] Ingatlah ketika kamu pergi dengan pantasnya (untuk mendapatkan harta rampasan), tidak memperdulikan sesiapa pun, walaupun rasul memanggil manggil dari belakang kamu. Akibatnya Dia menggantikan dengan kesukaran sekali lagi, supaya kamu tidak akan merasa kesal dari apa yang tidak kamu dapatkan, ataupun merana diatas kesukaran yang kamu deritakan. Sesungguhnya Allah sangat Memerhatikan segala apa yang kamu lakukan.