Al-Quran 3:160 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Jika Allah menyokong kamu, tiada siapapun dapat mengalahkan kamu. Dan jika Dia tinggalkan kamu, siapa lagilah yang akan membantu kamu? Kepada Allah sahajalah orang orang yang percaya mesti meletakkan kepercayaan.
[3:159] Itulah belas kasih dari Allah bahawa engkau merasa kasihan terhadap mereka. Sekiranya kamu berlaku kasar dan keras - hati, tentunya mereka akan meninggalkan kamu. Dari itu, kamu mesti memaafkan mereka dan mintakan pengampunan untuk mereka, dan berbincanglah dengan mereka. Setelah kamu membuat keputusan, laksanakan perancangan kamu, dan serahkan kepercayaan kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat Mencintai orang orang yang menaruhkan kepercayaan kepadaNya.
[3:161] Sedangkan nabi tidak boleh mengambil lebih harta rampasan perang dari apa yang telah diaturkan bahagian untuknya. Sesiapa yang mengambil lebih dari bahagian yang diberikan akan menanggungnya diHari Kebangkitan kelak. Disitulah setiap roh akan ditanya terhadap apa yang telah mereka perlakukan, dengan penuh keadilan.