Al-Quran 3:19 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Hanya satu sahaja agama yang diterima oleh Allah ialah: "Penyerahan diri kepada Tuhan yang Esa." Malang sekali, mereka yang menerima kitablah yang berselisih faham terhadap fakta ini, walaupun pengetahuan yang telah diterima, ini adalah disebabkan cemburu dipihak mereka. Untuk orang orang yang mengingkari revelasi revelasi Allah ini, sesungguhnya Allah Amat Tegas dalam memberikan hukuman.
[3:18] Allah menjadi saksi bahwasanya tiada tuhan melainkan Dia,dan begitu juga dengan para malaikat serta orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dengan segala kebenaran dan seksama. Dialah Tuhan yang sebenarnya; tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
[3:20] Jikalau mereka bertengkar dengan kamu, maka katakanlah, "Aku telah menyerahkan diriku kepada Allah; Aku dan juga sesiapa yang mengikutiku." Kamu mestilah memberitahukan kepada sesiapa yang menerima kitab, begitu juga dengan sesiapa yang belum menerimanya, "Mahukah kamu menyerahkan diri kamu?"Jika mereka menyerahkan diri diri mereka (kepada Allah) maka mereka adalah orang orang yang mendapat petunjuk, sekiranya mereka berpaling, tugasmu hanyalah untuk menyampaikan mesej. Allah Maha Melihat akan segala manusia.