Al-Quran 3:78 — Keluarga Imran (Ali ? 'Imran)
Ada diantara mereka yang memutarbelitkan lidah mereka untuk meniru kitab, kamu sangka ianya adalah dari kitab, padahal itu bukannya dari kitab, dan mereka mengatakan yang ianya dari Allah, padahal ianya bukan dari Allah. Begitulah mereka membuat kebohongan dan membuat kenyataan yang salah terhadap Allah dengan sengajanya.
[3:77] Bagi sesiapa yang menjualkan perjanjiannya dengan Allah, serta tanggungjawabnya, kerana ingin mendapatkan ganjaran dengan harga yang murah, mereka tidak akan ada bahagian diHari Akhirat kelak. Allah tidak akan mahu berkata kata dengan mereka, ataupun melihat mereka diHari Kebangkitan dan Dia tidak akan membersihkan mereka. Mereka akan menerima siksaan yang amat pedih.
[3:79] Tidak akan ada seseorang manusia yang mana Allah merahmatinya dengan sebuah kitab serta kenabian, lalu mengatakan kepada manusia, "Pujalah aku disamping Allah." Sebaliknya (dia akan berkata) "Abdikan diri diri kamu hanya kepada Tuhan kamu sahaja," mengikuti kitab yang kamu mengajar dengannya dari ajaran yang kamu dapati darinya