Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:103 — Perempuan (Al-Nesa')

Setelah tamat kamu Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah mengingati Allah semasa berdiri, duduk ataupun berbaring. Apabila peperangan sudah tamat, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat); Mengerjakan Sembahyang itu telah didekrikan untuk orang orang yang percaya pada waktu waktu yang telah ditetapkan.

[4:102] Apabila kamu berada bersama sama mereka, dan hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), biarlah sebilangan dari kamu berdiri untuk berjaga; dengan memegang senjata senjata mereka, benarkan mereka berdiri dibelakang kamu sedang kamu sujud. Ketika itu, benarkan pula kumpulan lain yang belum Mengerjakan Sembahyang (Salat) mengambil tempat untuk bersembahyang bersama kamu, sementara yang lainnya berdiri berjaga sambil memegang senjata senjata mereka. Orang orang yang ingkar itu berkeinginan sangat supaya kamu leka dari mengawal senjata senjata dan pelengkapan kamu, dengan demikian dapat mereka menyerang kamu habis habisan. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu meletakkan segala senjata kamu kerana dihalangi oleh hujan ataupun mengalami kelukaan, asalkan kamu sentiasa berjaga jaga. Allah telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu penghinaan yang amat besar sebagai hukuman.

[4:104] Jangan merasa teragak agak bila sahaja kamu mengejar musuh kamu. Jika kamu merasakan kesakitan, mereka juga akan merasainya serupa. Walaupun demikian, kamu berharapan kepada Allah sedangkan mereka tidak pernah mengharapkan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.