Al-Quran 4:102 — Perempuan (Al-Nesa')
Apabila kamu berada bersama sama mereka, dan hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), biarlah sebilangan dari kamu berdiri untuk berjaga; dengan memegang senjata senjata mereka, benarkan mereka berdiri dibelakang kamu sedang kamu sujud. Ketika itu, benarkan pula kumpulan lain yang belum Mengerjakan Sembahyang (Salat) mengambil tempat untuk bersembahyang bersama kamu, sementara yang lainnya berdiri berjaga sambil memegang senjata senjata mereka. Orang orang yang ingkar itu berkeinginan sangat supaya kamu leka dari mengawal senjata senjata dan pelengkapan kamu, dengan demikian dapat mereka menyerang kamu habis habisan. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu meletakkan segala senjata kamu kerana dihalangi oleh hujan ataupun mengalami kelukaan, asalkan kamu sentiasa berjaga jaga. Allah telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu penghinaan yang amat besar sebagai hukuman.
[4:101] Apabila kamu didalam perjalanan ketika peperangan, kamu tidak mendapati kesalahan dengan memendikkan Sembahyang (Salat), jika kamu takut orang orang yang ingkar akan menyerang kamu. Tentu sekali orang orang yang ingkar itu adalah musuh musuh kamu yang nyata.
[4:103] Setelah tamat kamu Mengerjakan Sembahyang (Salat), kamu mestilah mengingati Allah semasa berdiri, duduk ataupun berbaring. Apabila peperangan sudah tamat, kamu mestilah Mengerjakan Sembahyang (Salat); Mengerjakan Sembahyang itu telah didekrikan untuk orang orang yang percaya pada waktu waktu yang telah ditetapkan.