Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:101 — Perempuan (Al-Nesa')

Apabila kamu didalam perjalanan ketika peperangan, kamu tidak mendapati kesalahan dengan memendikkan Sembahyang (Salat), jika kamu takut orang orang yang ingkar akan menyerang kamu. Tentu sekali orang orang yang ingkar itu adalah musuh musuh kamu yang nyata.

[4:100] Sesiapa yang berhijrah untuk mencari keredhaan Allah akan mendapati dibumi ini mempunyai rezeki dan kekayaan yang amat besar. Sesiapa yang meninggalkan rumahnya, demi ingin bersama Allah dan rasulNya, lantas kematian menemuinya, ganjarannya telah disediakan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

[4:102] Apabila kamu berada bersama sama mereka, dan hendak Mengerjakan Sembahyang (Salat), biarlah sebilangan dari kamu berdiri untuk berjaga; dengan memegang senjata senjata mereka, benarkan mereka berdiri dibelakang kamu sedang kamu sujud. Ketika itu, benarkan pula kumpulan lain yang belum Mengerjakan Sembahyang (Salat) mengambil tempat untuk bersembahyang bersama kamu, sementara yang lainnya berdiri berjaga sambil memegang senjata senjata mereka. Orang orang yang ingkar itu berkeinginan sangat supaya kamu leka dari mengawal senjata senjata dan pelengkapan kamu, dengan demikian dapat mereka menyerang kamu habis habisan. Tidak menjadi kesalahan untuk kamu meletakkan segala senjata kamu kerana dihalangi oleh hujan ataupun mengalami kelukaan, asalkan kamu sentiasa berjaga jaga. Allah telah sediakan untuk orang orang yang ingkar itu penghinaan yang amat besar sebagai hukuman.