Al-Quran 4:114 — Perempuan (Al-Nesa')
Tidak ada suatu yang baik dengan rahsia perbincangan mereka, melainkan jika mereka mencadangkan supaya memberikan pendermaan, dan mengamalkan kebaikan, ataupun menganjurkan perdamaian diantara manusia. Sesiapa yang melakukan kesemuanya ini dengan mengikut ajaran dari Allah, kami akan berikan mereka ganjaran yang besar.
[4:113] Jika tidak kerana kurnia Allah terhadap kamu, juga dengan belas kasihNya, ada diantara mereka telah dapat menyesatkan kamu. Tetapi Mereka hanya menyesatkan diri diri mereka sendiri, dan mereka tidak akan dapat menyakiti kamu walau sedikitpun. Allah telah turunkan kepada kamu kitab dan kebijaksanaan, dan Dia telah mengajarkan kamu apa apa yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya rahmat dari Allah kepada kamu amatlah besar.
[4:115] Dan bagi dia yang menentang rasul, selepas petunjuk yang telah ditunjukkan kepadanya, dan mengikuti lain dari orang orang yang percaya, kami akan tunjukkan arah yang dia sendiri memilihnya, dan memasukkannya keNeraka. Betapa azab destininya!