Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:142 — Perempuan (Al-Nesa')

Orang orang hypokrit menyangka yang mereka itu dapat menipu Allah, tetapi Dia yang mengarahkan mereka berbuat sedemikian. Apabila mereka berdiri untuk Mengerjakan Sembahyang (Salat), mereka berdiri dengan malasnya. Kerana mereka hanya menunjuk nunjukkan perbuatan mereka kepada manusia, dan jarang sekali mereka mengingati Allah

[4:141] Mereka memerhatikan kamu dan menunggu: jika kamu mendapat kemenangan dari Allah, mereka berkata (kepada kamu), "tidakkah kami bersama kamu?" Tetapi jika orang orang ingkar mendapatkan yang serupa, mereka berkata (kepada orang yangingkar), "Tidakkah kami menyebelahi kamu, dan melindungi kamu dari orang orang yang percaya?"Allah akan menghakimi diantara kamu pada Hari Kebangkitan kelak. Allah tidak akan membenarkan orang orang yang ingkar itu mengatasi orang orang yang percaya.

[4:143] Mereka berbelah bagi diantaranya, tidak dibahgian kumpulan disebelah sini atau kepihak lainnya. Sesiapa yang Allah membiarkan sesat, kamu tidak akan mendapati jalan keluar untuk membimbingnya kembali.