Al-Quran 4:156 — Perempuan (Al-Nesa')
(Mereka telah dikutuk) kerana mengingkarinya dan berkata yang tidak benar terhadap Maryam dengan pembohongan yang besar.
[4:155] (Mereka telah mendapat kutukkan) kerana melanggar perjanjian mereka, dengan mengingkari revelasi revelasi Allah, dan membunuh para nabi dengan ketidak adilan dan juga dengan mengatakan, "fikiran kami telah tetap!" Sebenarnya, Allah sahajalah yang telah menutupkan fikiran mereka, oleh kerana keingkaran mereka, inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat mempercayainya, melainkan jarang sekali.
[4:157] Dan mengakui yang mereka membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, rasul Allah. Sebenarnya mereka tidak membunuhnya, mereka tidak sekali menyalib dia - mereka telah difahamkan untuk memikirkan sedemikian yang mereka telah melakukannya. Semua golongan yang bercanggah berkenaan kejadian ini telah penuh dengan kesangsian berkenaan isu ini. Mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan; hanyalah sangkaan sahaja. Pastinya mereka tidak sekali kali membunuh dia.