Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:162 — Perempuan (Al-Nesa')

Bagi sesiapa diantara mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, dan juga orang orang yang percaya, mereka mempercayai apa yang telah diberitahukan kepadamu, dan apa yang telah diberitahukan sebelummu. Mereka yang mematuhi dengan Mengerjakan Sembahyang (Salat), dan pemberi derma yang diwajibkan (Zakat); merekalah orang yang percaya kepada Allah dan Hari Penghabisan. Kami akan berikan kepada mereka ganjaran yang amat besar.

[4:161] Dan kerana mengamalkan riba', yang mana telah diharamkan, dan memakan wang manusia dengan cara yang haram. Kami telah sediakan balasan untuk orang orang yang ingkar diantara mereka itu dengan azab yang amat pedih.

[4:163] Kami telah meinspirasikan kepada kamu, sebagaimana yang kami telah meinspirasikan kepada Nuh dan segala para nabi selepas dia. Dan kami meinspirasikan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak,Ya'kub, dan semua keturunan yang mempunyai hak keistemawaan dalam menjalani urusan Tuhan, Isa, Ayub, Junus, Harun dan Sulayman. Kami berikan kepada Daud Zabur.