Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:22 — Perempuan (Al-Nesa')

Janganlah berkahwin dengan perempuan yang telah dikahwini oleh bapa bapa kamu sebelumnya ? perkahwinan yang telah berlaku dikecualikan dan tidak boleh diceraikan ? kerana itu satu kesalahan yang besar, dan juga perbuatan yang sangat keji.

[4:21] Bagaimana mungkin kamu mengambil kembali setelah kamu menjalin hubungan yang mesra bersama, dan juga mereka telah mengambil dari kamu perjanjian yang serius?

[4:23] Diharamkan untuk kamu (mengahwini) adalah ibu ibu kamu, anak anak perempuan kamu , adik beradik perempuan kamu, adik beradik perempuan kepada bapa bapa kamu, adik beradik perempuan kepada ibu ibu kamu, anak anak perempuan abang kandung kamu, anak anak perempuan adik beradik perempuan kamu, ibu ibu yang menyusukan kamu, perempuan yang sesusu dengan kamu, ibu kepada isteri isteri kamu, anak anak perempuan isteri isteri kamu yang kamu telah setubuhi ? jika perkahwinan itu masih belum terjejas dengan perhubungan sek, maka kamu bolehlah berkahwin dengan anak perempuannya. Juga diharamkan untuk kamu perempuan yang telah berkahwin dengan anak lelaki dari benih kamu. Kamu juga tidak boleh mengahwini kedua beradik dalam satu masa yang sama ? tetapi jangan memutuskan perkahwinan perkahwinan yang sedia ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.