Al-Quran 4:42 — Perempuan (Al-Nesa')
Pada hari itu, sesiapa yang ingkar dan tidak ta'at kepada rasul mereka, akan menginginkan supaya mereka disama ratakan dengan tanah; tidak ada suatu perkataan pun yang mereka boleh sembunyikan dari Allah.
[4:41] Lantaran itu apabila datangnya suatu hari (Hari Perhitungan), Kami akan memanggil seorang saksi didalam setiap komuniti, dan engkau (rasul) akan dilantik untuk menjadi saksi diantara orang orang ini.
[4:43] Wahai Orang orang yang percaya, janganlah mengerjakan sembahyang sekiranya kamu didalam keadaan mabuk, supaya kamu tahu apa yang kamu katakan. Dan juga selepas bersetubuh sebelum mandi, melainkan jika kamu ditengah jalan, atau dalam perjalanan; jikalau kamu sakit atau didalam perjalanan, ataupun membuang air kecil ataupun air besar dan juga pengumuhan (keluarnya angin dari perut), ataupun bersentuhan dengan wanita (lencongan sex), dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti melakukan Tayammum (wudu' kering) dengan menyentuh ketanah yang bersih lagi kering, kemudian sapulah kemuka muka kamu dan tangan tangan kamu dengannya. Sesunguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun.