Al-Quran 4:44 — Perempuan (Al-Nesa')
Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menerima sebahagian dari kitab, dan bagaimana mereka memilih kesesatan, dan menginginkan supaya kamu pun dapat disesatkan dari kebenaran?
[4:43] Wahai Orang orang yang percaya, janganlah mengerjakan sembahyang sekiranya kamu didalam keadaan mabuk, supaya kamu tahu apa yang kamu katakan. Dan juga selepas bersetubuh sebelum mandi, melainkan jika kamu ditengah jalan, atau dalam perjalanan; jikalau kamu sakit atau didalam perjalanan, ataupun membuang air kecil ataupun air besar dan juga pengumuhan (keluarnya angin dari perut), ataupun bersentuhan dengan wanita (lencongan sex), dan kamu tidak mendapatkan air, kamu mesti melakukan Tayammum (wudu' kering) dengan menyentuh ketanah yang bersih lagi kering, kemudian sapulah kemuka muka kamu dan tangan tangan kamu dengannya. Sesunguhnya Allah Maha Pemaaf Lagi Maha Pengampun.
[4:45] Allah Maha Mengetahui siapakah musuh musuh kamu yang sebenar. Allah sahajalah Tuhan dan Tuan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Pembela.