Al-Quran 4:45 — Perempuan (Al-Nesa')
Allah Maha Mengetahui siapakah musuh musuh kamu yang sebenar. Allah sahajalah Tuhan dan Tuan kamu. Sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Pembela.
[4:44] Sudahkah kamu perhatikan orang orang yang menerima sebahagian dari kitab, dan bagaimana mereka memilih kesesatan, dan menginginkan supaya kamu pun dapat disesatkan dari kebenaran?
[4:46] Diantara orang orang Yahudi, ada setengahnya yang menukar kalimah kalimah jauh dari kebenaran, dan mereka berkata, "Kami dengar, tetapi kami menentang," dan "Kata kata kamu jatuh kepada telinga telinga yang tidak mahu mendengarkan," dan "Raa'na (jadi pengembala kambing kami)," mereka sengaja berdolak dalek untuk mempermainkan agama. Jika mereka berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Dan "Kami dengar kamu," dan "Unzurna (perhatikan kami)," itu adalah lebih baik untuk mereka, dan lebih benar. Sebaliknya, mereka akan mendapat kutukkan dari Allah kerana keingkaran mereka. Bagaimanapun kebanyakkan dari mereka tidak akan percaya.