Al-Quran 4:47 — Perempuan (Al-Nesa')
Wahai Orang orang yang menerima kitab, kamu mestilah percaya apa yang kami telah turunkan didalam ini, mengesahkan apa yang kamu punyai, sebelum kami melenyapkan sesetengah muka muka sebagai buangan, ataupun mengutuk mereka sebagimana orang orang yang mencemarkan hari Sabat yang telah dikutuk. Perintah Allah telah pun selesai.
[4:46] Diantara orang orang Yahudi, ada setengahnya yang menukar kalimah kalimah jauh dari kebenaran, dan mereka berkata, "Kami dengar, tetapi kami menentang," dan "Kata kata kamu jatuh kepada telinga telinga yang tidak mahu mendengarkan," dan "Raa'na (jadi pengembala kambing kami)," mereka sengaja berdolak dalek untuk mempermainkan agama. Jika mereka berkata, "Kami dengar dan kami ta'at." Dan "Kami dengar kamu," dan "Unzurna (perhatikan kami)," itu adalah lebih baik untuk mereka, dan lebih benar. Sebaliknya, mereka akan mendapat kutukkan dari Allah kerana keingkaran mereka. Bagaimanapun kebanyakkan dari mereka tidak akan percaya.
[4:48] Allah tidak akan mengampuni perbuatan yang menyekutukan Dia, tetapi dia mengampunkan kesalahan kecil daripada sesiapa jua dengan kehendakNya. Sesiapa yang menyekutukan Allah, telah membuat penipuan dengan kesalahan yang paling dahsyat