Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 4:82 — Perempuan (Al-Nesa')

Kenapa tidak mereka mempelajari Quran ini dengan berhati hati? Jika ini datangnya selain dari Allah, mereka tentu sekali akan mendapati banyak percanggahan didalamnya.

[4:81] Mereka berikrar untuk mematuhi kamu, tetapi selepas sahaja mereka meninggalkan kamu, ada diantara mereka yang menyimpankan perasaan yang bertentangan dengan apa yang telah mereka katakan. Allah mencatatkan segala rancangan yang disembunyikan. Kamu mesti biarkan mereka, dan letakkan kepercayaan kamu kepada Allah semata mata. Sesungguhnya cukuplah Allah sahaja sebagai Pembela.

[4:83] Bila khabar angin yang berkaitan dengan keselamatam datang kepada mereka, lalu dihebahkannya kepada semua, jikalau mereka merujukkannya kepada rasul, dan juga kepada sesiapa yang berkuasa diantara mereka, mereka yang memahami perkara perkara ini mestilah menjelaskan kepada mereka. Jika tidak kerana kurnia Allah kepada kamu, dan juga belas kasihNya kepada kamu semua, maka kamu semua pasti akan mengikuti syaitan, melainkan hanya sebilangan dari kamu.