Al-Quran 4:88 — Perempuan (Al-Nesa')
Mengapa mesti kamu membahagikan diri diri kamu kepada dua kumpulan berkenaan dengan orang orang hypokrit (diantara kamu)? Hanya Allah sahaja yang mengutuk mereka kerana tengkah laku mereka sendiri. Adakah kamu ingin membimbing orang orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah. Sesiapa yang Allah membiarkan mereka didalam kesesatan, kamu tidak akan dapat jalan untuk membimbing mereka.
[4:87] Allah: tidak ada tuhan selain Dia. Dia tentu sekali akan memanggil kamu semua pada Hari Kebangkitan ? hari yang tidak dapat dielakkan lagi. Siapakah yang lebih benar ceritanya selain dari Allah?
[4:89] Mereka menginginkan supaya kamu ingkar sebagaimana mereka telah mengingkarinya, dan menjadikan kamu semacam mereka. Jangan sekali kali kamu berangggapan yang mereka itu kawan kawan kamu, melainkan jika mereka sama sama berjuang dijalan Allah. Jikalau mereka menentang kamu, kamu mesti melawan mereka, dan kamu bolehlah bunuh mereka jika kamu berhadapan dengan mereka didalam peperangan. Jangan sekali kali kamu menerima mereka sebagai kawan, ataupun menjalin pihak berikatan dengan mereka.