Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 7:149 — Tempat Penungguan (Al-A'araf)

Akhirnya, apabila mereka telah meyesali akan perbuatan mereka, dan sedar yang mereka itu telah tersesat jauh, maka mereka pun berkata, "Melainkan jika Tuhan kami menyelamatkan kami dengan rahmatNya dan mengampuni kami, jika tidak kami akan menjadi orang orang yang rugi."

[7:148] Masa ketiadaannya, kaum Musa telah membuat patung anak lembu dari barang kemas mereka yang lengkap dengan suara anak lembu. Tidakkah mereka melihat yang ianya tidak boleh berkata kata kepada mereka, ataupun membimbing mereka kearah yang manapun? mereka menyembahnya, lantas mereka pun termasuk dari golongan orang orang yang zalim.

[7:150] Apabila Musa kembali kepada kaumnya, dengan perasaan marah dan menyesal, dia berkata, "Betapa dahsyatnya telah kamu lakukan semasa ketiadaanku! Tidakkah dapat kamu menunggu sehingga perintah perintah datang dari Tuhan kamu?" Dia campakkan tablet tablet itu dan menangkap kepala saudaranya, dengan menarik dia kepadanya (Harun) berkata, "Anak kepada ibuku, orang orang ini telah mengambil kesempatan dari kelemahanku, dan nyaris sekali mereka membunuh aku. Janganlah biarkan musuh musuhku bergembira, dan janganlah kirakan aku sama seperti orang orang yang melampaui batas ini."