Al-Quran 7:162 — Tempat Penungguan (Al-A'araf)
Yang zalim diantara mereka menggantikan perintah perintah yang lain dari perintah perintah yang telah diberikan kepada mereka. Akibatnya, kami hantarkan kepada mereka kutukkan dari langit, kerana kezaliman mereka itu.
[7:161] Ingatlah, yang mereka telah dikatakan, "Pergilah dibandar ini untuk mencari kehidupan, dan makan darinya sesuka hati kamu, dan berhubunglah kepada manusia dengan seksama, dan masuklah dari gerbangnya dengan rendah diri. Barulah kami akan mengampunkan keterlaluan kamu. Kami akan melipat gandakan anugerah kepada orang orang yang benar."
[7:163] Ingatkan mereka kepada komuniti yang berdekatan dengan lautan, dimana mereka telah mencemarkan Sabat. Apabila mereka melakukan Sabat, ikan ikan datang kepada mereka dengan banyaknya. Dan apabila mereka mencabuli Sabat, maka ikan ikan pun tidak mendatangi mereka. Lantas kami menyeksa mereka, dengan kerugian akibat keterlaluan mereka.