Al-Quran 7:168 — Tempat Penungguan (Al-A'araf)
Kami letakkan mereka berselerak kepada beberapa banyak komuniti diseluruh bumi ini. Sebahagian dari mereka menjalani kehidupan yang benar, dan sebahagiannya hanya dengan mengambil kehidupan yang sedikit dari kebenaran. Kami mencuba mereka dengan kemewahan dan kesukaran, supaya mereka dapat kembali.
[7:167] Tambahan pula, Tuhan kamu telah mendekrikan yang Dia akan bangunkan penentang dari manusia yang dapat mengenakan penindasan terhadap mereka, sampai Hari Kebangkitan.Tuhan kamu amat cekap dalam memberi hukuman, dan tentu sekali Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[7:169] Kemudiannya sesudah mereka, Dia gantikan generasi generasi yang baru yang mewarisi kitab. Sebaliknya mereka telah memilih kehidupan dunia ini, dengan mengatakan, "Kami akan diberi pengampunan." Dan mereka berterusan juga dengan memilih kepada kebendaan didunia ini. Tidakkah mereka membuat perjanjian untuk mendukung kitab ini, dan tidak akan berkata berkenaan Allah melainkan dengan kebenaran? Tidakkah mereka mempelajari kitab ini? Tentu sekali, berkekalan diAkhirat itu lebih baik lagi bagi orang orang yang menetapkan diri diri mereka kepada kebenaran. Tidakkah dapat kamu memahaminya?