Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 85: Bimasakti Bimasakti (Al-Burooj)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[85:1] Langit serta bimasakti bimasaktinya.

[85:2] Hari yang dijanjikan.

[85:3] Saksi dan yang menjadi saksi.

[85:4] Malang sungguh bagi penduduk penduduk dilembah yang mendalam.

[85:5] Mereka menyalakan api yang membakar.

[85:6] Lalu duduk mengelilinginya.

[85:7] Untuk menyaksikan orang orang percaya yang dibakar.

[85:8] Mereka membenci mereka itu dengan tidak ada apa alasan melainkan kerana mempercayakan Allah, yang Maha Kuat lagi Maha Terpuji.

[85:9] KepunyaanNya kerajaan bagi sekelian cekrawala dan bumi. Dan Allah menyaksikan segala sesuatu.

[85:10] Sudah tentu, orang orang yang menyiksa orang orang percaya lelaki dan perempuan, lalu gagal untuk bertaubat, telah menerima siksaan Gehenna; mereka telah dikenakan hukuman bakaran.

[85:11] Sudah tentu, orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, sepatutnyalah mendapatkan taman taman dengan air sungai sungainya yang mengalir. Ini adalah kemenangan yang terbesar.

[85:12] Sesungguhnya, pembalasan dari Allah amatlah dahsyat sekali.

[85:13] Dia Sahajalah yang meinisiasikan dan mengulanginya.

[85:14] Dan Dia adalah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

[85:15] Pemilik bagi tahta yang cemerlang.

[85:16] Pembuat bagi apa saja yang Dia kehendaki.

[85:17] Telahkah kamu memperhatikan sejarah bagi askar askar?

[85:18] Fir'aun dan Thamud?

[85:19] Orang orang yang ingkar selalu menafikan.

[85:20] Allah amat sedar akan mereka.

[85:21] Sesungguhnya, ianya adalah Quran yang gemilang.

[85:22] Tersimpan rapi didalam sebuah tablet yang ulung.