Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Surah 84: Perpecahan (Al-Inshiqaaq)

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

[84:1] Masanya akan tiba apabila langit berpecah.

[84:2] Ianya akan menyerah kepada Tuhannya kerana tempohnya akan tamat.

[84:3] Bumi akan menjadi rata.

[84:4] Ianya akan mengeluarkan kandungan kandungannya, sedang ianya meletup.

[84:5] Ianya akan menyerah kepada tuhannya kerana tempohnya akan tamat.

[84:6] Wahai manusia, kamu tidak akan boleh berputar balik dari pertemuan dengan Tuhan kamu.

[84:7] Bagi seorang yang menerima rekodnya ditangan kanannya,

[84:8] Perkiraannya akan menjadi mudah.

[84:9] Dia akan kembali kepada orang orangnya dengan gembira.

[84:10] Bagi seorang yang menerima rekod dari belakangnya,

[84:11] Dia akan berkeadaan penuh dengan kekesalan.

[84:12] Dan akan dibakar diNeraka.

[84:13] Dia pernah berlagak sombong diantara orang orangnya.

[84:14] Dia berfikir yang dia tidak akan dipanggil untuk dikira.

[84:15] Ya tentu sekali, Tuhannya telah Melihat akan dia.

[84:16] Aku bersumpah dengan seriusnya kepada debu yang kemerah merahan.

[84:17] Dan malam apabila ianya menyelubungi luas.

[84:18] Dan bulan serta fasa fasanya.

[84:19] Kamu akan bergerak dari peringkat demi peringkat.

[84:20] Kenapakah mereka tidak mahu percaya?

[84:21] Dan apabila Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak jatuh sujud.

[84:22] Ini adalah kerana orang orang ingkar yang mengingkari (Quran).

[84:23] Allah amat sedar akan fikiran fikiran mereka yang jauh didalam.

[84:24] Janjikan mereka hukuman yang menyakitkan.

[84:25] Bagi orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar, mereka akan menerima ganjaran amat baik yang telah dikhaskan.