Surah 83: Para Penipu (Al-Mutaffifeen)
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
[83:1] Malang sungguh bagi para penipu.
[83:2] Yang menuntutkan ukuran yang penuh dari manusia apabila menerima.
[83:3] Tetapi apabila memberi mereka mengukur atau menimbang, mereka menipu.
[83:4] Tidakkah mereka tahu yang mereka itu akan dibangkitkan?
[83:5] Pada suatu hari yang amat sangat dahsyat?
[83:6] Pada hari itulah apabila semua manusia akan berdiri dihadapan Tuhan bagi sekelian alam.
Buku Buku Struktur Yang Berangka
[83:7] Sesungguhnya, buku bagi orang orang yang zalim adalah didalam Sijjeen.
[83:8] Tahukah kamu apa itu Sijjeen?
[83:9] Buku struktur yang berangka.
[83:10] Malang sungguh pada hari itu bagi pengingkar pengingkar.
[83:11] Mereka tidak percayakan Hari Pengadilan.
[83:12] Tidak ada pengingkar pengingkar didalam ini melainkan pelampau, dan pendosa.
[83:13] Apabila revelasi revelasi kami dibacakan kepadanya, dia berkata, "Dongengan masa lampau!"
[83:14] Sesungguhnya, hati hati mereka telah menjadi terkepung dengan dosa dosa mereka.
[83:15] Sesungguhnya, mereka akan diasingkan, pada hari itu, dari Tuhan mereka.
[83:16] Lalu mereka akan dicampakkan keNeraka.
[83:17] Mereka akan dikatakan, "Inilah apa yang kamu pernah menafikan."
[83:18] Sesungguhnya, buku bagi orang orang yang benar akan berada di'Elleyyeen.
[83:19] Tahukah kamu apakah 'Elleyyeen itu?
[83:20] Buku struktur yang berangka.
[83:21] Akan disaksikan oleh orang orang yang rapat kepadaKu.
[83:22] Orang orang yang benar sepatutnyalah menerima kebahgiaan.
[83:23] Diatas suasana perhiasan yang indah mereka melihat.
[83:24] Kamu akan mengenali diwajah wajah mereka yang penuh dengan kegembiraan kerana kebahagiaan.
[83:25] Minuman mereka akan dicampurkan dengan madu bunga.
[83:26] Campuran itu adalah serupa kasturi. Inilah apa yang pesaing pesaing sepatutnya bersaingkan.
[83:27] Dicampurkan didalamnya adalah perasa perasa yang istimewa.
[83:28] Dari pancuran yang telah dikhaskan untuk orang orang yang rapat kepadaKu.
[83:29] Orang orang yang zalim pernah mentertawakan orang orang yang percaya.
[83:30] Apabila mereka berlalu didepan mereka, mereka selalu mempersendakan.
[83:31] Apabila mereka bersama sama dengan orang orang mereka, mereka pernah mengejek ejek.
[83:32] Bila saja mereka melihat mereka, mereka berkata, "Orang orang ini telah tersesat jauh!
[83:33] "Mereka tidaklah ada sebarang penjaga penjaga yang (gaib).
[83:34] Hari ini, orang orang yang percaya mentertawakan orang orang yang ingkar.
[83:35] Diatas suasana perhiasan yang indah mereka melihat.
[83:36] Sudah pasti, orang orang yang ingkar akan mendapat balasan diatas apa yang mereka telah lakukan.