Al-Quran 9:107 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Ada orang orang yang menyalah gunakan masjid dengan mempraktikkan penyekutuan terhadap (Allah), memecah belahkan orang orang yang percaya, dan memberi keselesaan kepada orang orang yang menentang Allah dan rasulNya. Mereka bersumpah dengan sungguh sungguh: "Niat kami adalah mulia!" Allah telah bersaksikan yang mereka adalah orang orang yang pembohong.
[9:106] Yang lainnya sedang menunggukan keputusan Allah; Dia mungkin menghukum ataupun Dia mungkin menyelamatkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[9:108] Jangan sekali kali kamu sembahyang dimasjid demikian. Masjid yang telah dirasmikan dengan berasaskan ketakwahan pada mulanya lebih lagi patut bagi kamu untuk bersembahyang didalamnya, kerana didalamnya itu, ada orang orang yang cinta untuk menyucikan diri. Allah cinta kepada orang orang yang suka menyucikan diri diri mereka.