Submission

Submission — Submission (Islam): sumber terkemuka di dunia untuk informasi yang benar tentang Islam sejati, dalam 33 bahasa

Al-Quran 9:112 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)

Mereka adalah orang orang yang bertaubat, penyembah penyembah, pemuji pemuji, para tafakkur yang ruku' dan yang sujud, para penyeru kebaikan dan pelarang kekejian, dan yang mendukung perintah perintah Allah. Berikanlah berita baik kepada orang orang percaya yang sedemikian.

[9:111] Allah telah membeli dari orang orang yang percaya itu dengan nyawa nyawa dan wang mereka untuk digantikan dengan syurga. Lantas, mereka berjuang kerana Allah, rela untuk membunuh dan dibunuh. Demikianlah jaminan yang sebenar dariNya didalam Taurat, Injil dan Quran- siapakah yang dapat memenuhi jaminan yang lebih baik daripada Allah? Kamu mestilah bergembira dengan mendapat penukaran yang sedemikian. Inilah kemenangan yang terbesar.

[9:113] Tidak juga nabi, dan tidak juga orang orang yang percaya dibolehkan untuk memintakan pengampunan bagi orang orang yang menyekutukan (Allah), walaupun mereka adalah saudara yang terdekat, apabila saja mereka sedar yang destini mereka itu Neraka.