Al-Quran 9:111 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Allah telah membeli dari orang orang yang percaya itu dengan nyawa nyawa dan wang mereka untuk digantikan dengan syurga. Lantas, mereka berjuang kerana Allah, rela untuk membunuh dan dibunuh. Demikianlah jaminan yang sebenar dariNya didalam Taurat, Injil dan Quran- siapakah yang dapat memenuhi jaminan yang lebih baik daripada Allah? Kamu mestilah bergembira dengan mendapat penukaran yang sedemikian. Inilah kemenangan yang terbesar.
[9:110] Demikianlah bangunan yang mereka telah rasmikan menjadi punca keraguan dihati hati mereka, sehinggakan hati hati mereka menjadi kaku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[9:112] Mereka adalah orang orang yang bertaubat, penyembah penyembah, pemuji pemuji, para tafakkur yang ruku' dan yang sujud, para penyeru kebaikan dan pelarang kekejian, dan yang mendukung perintah perintah Allah. Berikanlah berita baik kepada orang orang percaya yang sedemikian.