Al-Quran 9:117 — Memberikan Kata Putus (Bara'ah)
Allah telah menyelamatkan nabi dan orang orang yang berhijrah (Muhajirin) dan orang orang yang menyokong dan memberikan mereka perlindungan (Ansar), yang mengikutnya dimasa masa yang sukar. Itulah masanya yang hati hati sesetengah dari mereka hampir berubah ubah. Tetapi Dia telah selamatkan mereka, kerana Dia amatlah Pembelas Kasih kepada mereka, lagi Maha Penyayang.
[9:116] Kepunyaan Allah segala kedaulatan disekelian cekrawala dan bumi. Dia yang menguasai segala kehidupan dan kematian. Kamu tidak ada sesiapa selain Allah sebagai Tuhan dan Tuan.
[9:118] Dan juga (yang diselamatkan adalah) bertiga yang ditinggalkan dibelakang. Bumi yang luas menjadi sempit kepada mereka, hampir hampir mereka berputus asa. Akhirnya mereka sedar yang mereka tidak dapat terlepas dari Allah, hanyalah Dia sahaja. Maka Dia pun menyelamatkan mereka, semoga mereka bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penyelamat lagi Maha penyayang.